Friday, October 29, 2010

Perlukah kau tukar?

Perlukah kau tukar pada informasi
Sedangkan maklumat adalah lebih tepat?
Perlukah kau tukar pada berkolaborasi
Sedangkan usahasama itu lebih kuat?

Perlukah kau tukar pada impak
Sedangkan kesannya memalukan bahasa?
Perlukah kau tukar klassified
Sedangkan iklan lebih berkesan?

Perlukah kau tukar pada transformasi
Sedangkan perubahan daya fikir lebih penting?
Perlukah kau tukar pada kualiti
Sedangkan mutunya amat rapuh?

Perlukah ku tukar pada oportuniti
Sedangkan peluang lain terbuka luas?
Perlukah kau tukar pada objektif
Sedangkan tujuannya menjahanamkan bahasa?

Perlukah kau tukar semua perkataan ini
kepada perkataan penjajah itu?
Kebanggaan engkau menunjukkan
kau cetek berbahasa Melayu!!

Monday, June 8, 2009

Kalaulah Kau Berfikir

kalaulah kau berfikir
tentu bukan sms menjadi raja
kerana undiannya menjana kaya
dari seringgit jadi berjuta
kepada sang pemilik yang masyhuk lenanya

kalaulah kau berfikir
takan kau peduli ciptaan dari negara sana
kerana malaya juga punya
ciptaan anak jati kita
yang setaraf dengan mereka

kalaulah kau berfikir
tentu tak kau ambil
saluran kabel yang jengkel
menjana biadap anak-anak kita
yang tak tidur terkebil-kebil...

kalaulah kau berfikir....

Tuesday, July 1, 2008

Malaya

nama asli yang utuh
pelbagai bangsa yang teguh
kini semakin rapuh
kerana mereka yang gopoh

semakin hari semakin parah
kerana mereka mula gelojoh
lupa pada dosa pada maruah
mengaut untung yang hodoh

kesiannya anak-anak kita
yang tak faham makna kali
yang dulunya amat jernih
tempat kita main kita mandi

malaya semakin kontang menggugur
bahasanya mula berubah bercampur
semakin jauh menguzur semakin hancur
dek kemegahan berbahasa sang takabur

bangkitlah malaya
bangunlah malaya
serulah semangat jebat
yang gugur kerana
tuah yang terlalu akur.....