Friday, October 29, 2010

Perlukah kau tukar?

Perlukah kau tukar pada informasi
Sedangkan maklumat adalah lebih tepat?
Perlukah kau tukar pada berkolaborasi
Sedangkan usahasama itu lebih kuat?

Perlukah kau tukar pada impak
Sedangkan kesannya memalukan bahasa?
Perlukah kau tukar klassified
Sedangkan iklan lebih berkesan?

Perlukah kau tukar pada transformasi
Sedangkan perubahan daya fikir lebih penting?
Perlukah kau tukar pada kualiti
Sedangkan mutunya amat rapuh?

Perlukah ku tukar pada oportuniti
Sedangkan peluang lain terbuka luas?
Perlukah kau tukar pada objektif
Sedangkan tujuannya menjahanamkan bahasa?

Perlukah kau tukar semua perkataan ini
kepada perkataan penjajah itu?
Kebanggaan engkau menunjukkan
kau cetek berbahasa Melayu!!